WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KESUMA AKAN BAWA KERANGKA RUU BAHARU BERKAITAN GIG DISEMBER INI

09/11/2024 06:54 PM

GUA MUSANG, 9 Nov (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan membawa Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi GIG Malaysia ke Parlimen pada Disember ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

"Setakat ini, draf terakhir kita hampir selesai dan diharap bacaan kali pertama pada Disember ini manakala bacaan kali kedua dapat dibuat pada Mac 2025.

"Draf awal telah siap dan membincangkan tentang langkah mewajibkan pekerja mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial atas dasar kebajikan kepada pekerja walaupun tiada majikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Oghe Kelate 2024 di Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akta baharu berkaitan ekonomi gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor berkenaan.

Pembentangan rang undang-undang berkenaan dibuat di bawah KESUMA.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan