WILAYAH - TENGAH > BERITA

KEMPEN KOMUNITI AYAM BRAND PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KANAK-KANAK

13/11/2024 04:52 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ayam Brand, jenama isi rumah berusia 132 tahun, meneruskan komitmen bagi mempromosikan gaya hidup lebih sihat menerusi kempen penjagaan komuniti tahunan, yang memberi tumpuan terhadap peningkatan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.

Kempen yang memasuki tahun ke-17 bagi edisi 2024 dengan tema #AyamBersamaMu Sihat & Cergas mempromosikan pemakanan yang baik dengan Omega-3 untuk kanak-kanak yang lebih sihat dan menggalakkan kesihatan untuk membina generasi lebih cergas.

"Sejak dilancarkan pada 2008, kempen itu telah memberi manfaat kepada 28,350 individu di seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan lebih 2.2 juta makanan berkhasiat," menurut kenyataan Ayam Brand di sini hari ini.

Tahun ini sahaja, sebanyak 425 kanak-kanak daripada NGO berpangkalan di Lembah Klang akan mendapat manfaat daripada 76,500 hidangan berkhasiat.

Ayam Brand turut bekerjasama dengan pakar daripada Columbia Asia, Focus Point Group dan profesional kecergasan untuk menganjurkan bengkel mengenai konsep Pinggan Sihat Malaysia, Suku-Suku Separuh – panduan yang mempromosikan hidangan seimbang dan rutin kecergasan yang boleh dilakukan di rumah.

Garis panduan itu juga bertujuan menggalakkan makanan seimbang dan gaya hidup aktif bagi kanak-kanak di rumah kebajikan terpilih di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor, menurut kenyataan itu.

Ketua Pemasaran di A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd Teoh Wei Ling menekankan komitmen jenama itu dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan menyatakan setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada makanan berkhasiat dan peluang untuk menjalani kehidupan lebih sihat.

"Menerusi program penjagaan komuniti tahunan, kami menyasarkan untuk memperkasakan individu dan masyarakat bagi melakukan perubahan terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan