WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MENTERI SARAWAK PERLU IKUT GARIS PANDUAN KETAT KE LUAR NEGARA - UGGAH 

14/11/2024 02:04 PM

KUCHING, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak mengikuti garis panduan yang jelas dan ketat bagi lawatan kerja rasmi ke luar negara, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mana-mana menteri di negeri ini yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara, perlu mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

"Kami mengikuti garis panduan yang jelas serta dasar yang mantap. Sesiapa di sini (menteri negeri) yang mahu pergi ke luar negara mesti dapatkan kelulusan daripada Kabinet, mereka tidak boleh pergi begitu sahaja.

"Semua butiran (perbelanjaan perjalanan) akan disemak oleh Setiausaha Kewangan Negeri," katanya semasa bacaan ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2024.

Rang undang-undang itu melibatkan jumlah RM68,746,470, ialah perbelanjaan tambahan untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan oleh beberapa kementerian dan jabatan yang sama ada dana tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam Anggaran Hasil 2024 dan Anggaran Tambahan Pertama 2024.

Terdahulu, Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) mengemukakan notis kepada Dewan untuk meminta perincian perbelanjaan di bawah rang undang-undang berkenaan, termasuk perbelanjaan perjalanan bagi Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan