WILAYAH - TIMUR > BERITA

REMAJA LELAKI DILAPORKAN HILANG DI KOTA BHARU

15/11/2024 01:13 PM

KOTA BHARU, 15 Nov  (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lundang untuk menghantar pesanan air kopi kepada pelanggan pada 8.15 malam, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Nik Muhammad Amir Aiman Nik Yusoff daripada ahli keluarganya semalam.

"Remaja terbabit dilaporkan keluar dari rumahnya di alamat 1586-A Jalan Sek. Lundang, Kota Bharu dengan memakai seluar jean berwarna biru dan berbaju kemeja-T warna hitam.

"Nik Muhammad Amir Aiman mempunyai ketinggian lebih kurang 165 sentimeter dan berat badan dianggarkan 40 kilogram serta berambut pendek lurus. Usaha mengesan remaja berkenaan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Che Habsah Che Hasaan menerusi talian 013-4250565 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan