WILAYAH - SELATAN > BERITA

BELANJAWAN JOHOR 2025 BERTEMAKAN 'MAJU JOHOR, RAKYAT SEJAHTERA' DIBENTANG ESOK - ONN HAFIZ

20/11/2024 07:57 PM

JOHOR BAHRU, 20 Nov (Bernama) -- Belanjawan Johor 2025 yang bertemakan "Maju Johor, Rakyat Sejahtera", akan dibentangkan esok dengan bertunjangkan enam teras utama di bawah Agenda Maju Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata belanjawan tersebut akan merangkumi pelbagai aspek penting, termasuk pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan mampu milik, infrastruktur, serta usaha memperkukuh keagamaan dan melahirkan belia yang berdaya saing.

"Pembentangan ini bukan sekadar belanjawan, tetapi satu perancangan dan pelaksanaan inisiatif untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

"Setiap inisiatif yang dirancang adalah untuk memastikan tiada Bangsa Johor yang ketinggalan," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi.

Pembentangan Belanjawan Johor 2025 turut boleh disaksikan secara langsung menerusi laman Facebook beliau pada pukul 9.30 pagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan