WILAYAH - SELATAN > BERITA

JOHOR HASRAT PERLUAS TANAMAN LADA HITAM

25/11/2024 06:35 PM

ISKANDAR PUTERI, 25 Nov (Bernama) -- Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk menjalankan tanaman itu, sekali gus membantu pengusaha terlibat.

“Saya difahamkan Lembaga Lada Malaysia mengimport sejumlah 3,000 tan lada hitam setahun.

“Kita nampak peluang luas bagi mereka yang mengusahakan lada hitam, sebab itu kerajaan negeri hendak bantu mereka untuk memulakan penanaman berskala sederhana ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Zahari berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Lada Malaysia dan pengusaha tanaman  berkenaan berkaitan keperluan bagi memperluas tanaman itu.

“Kawasan sedia ada (tanaman lada hitam) sekarang ini berselerak di Felda Inas di Kulai, sekitar Batu Pahat dan Pontian, tetapi ia berskala kecil,” katanya.

Setakat ini, tanaman lada hitam di negeri ini melibatkan kawasan seluas 21.6 hektar dengan 90 pengusaha.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan