WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PARAS AIR SUNGAI GOLOK DI TANAH MERAH MELEPASI PARAS BAHAYA

26/11/2024 03:57 PM

KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) -- Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi tadi iaitu melepasi paras amaran lapan meter.

Selain itu, paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja berada pada paras normal.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut yang telah bermula dari 5 Nov lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan