WILAYAH - TIMUR > BERITA

PELAJAR TAHFIZ DITEMUKAN LEMAS DI TALI AIR DI BACHOK

26/11/2024 07:55 PM

KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) -- Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Lokman Yusoh berkata Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Beliau berkata lapan anggota BBP Bachok serta enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.

“Mangsa kemudian ditemukan pada 4.13 petang. Mayat remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan