WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS TAHAN BEKAS PESERTA RANCANGAN LAWAK DISYAKI ROGOL GADIS

28/11/2024 05:30 PM

JOHOR BAHRU, 28 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang bekas peserta program realiti komedi terbitan sebuah stesen televisyen berbayar tempatan sekitar sini awal pagi ini, kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek berumur lingkungan 40-an itu, yang kini direman hingga 2 Dis bagi membantu siasatan.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan sebatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan