WILAYAH - TIMUR > BERITA

BEBERAPA JALAN UTAMA DI RAUB DITUTUP AKIBAT BANJIR

01/12/2024 11:00 AM

KUANTAN, 1 Dis (Bernama) -- Beberapa jalan utama di daerah Raub ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata antara jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah di Kilometer (km) 344-KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing (jambatan Gesing).

“Ekoran hujan lebat semalam pada pukul 6 petang sehingga kini, telah menyebabkan banjir di daerah Raub, dan beberapa jalan utama turut dinaiki air sejak pagi tadi.

“Kawalan lalu lintas dilakukan oleh Trafik IPD Raub. Laluan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Lipis bagi menempatkan 579 mangsa daripada 185 keluarga setakat pukul 10.15 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan