KUCHING, 1 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Padawan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata bilik gerakan telah menerima laporan tersebut kira-kira pukul 4.40 pagi tadi dan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi kejadian.
"Tiba di lokasi kejadian, polis menemukan mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit apartmen tersebut dengan kesan tetakan pada bahagian badan. Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi.
"Susulan kes pembunuhan itu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Irwan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial