WASHINGTON, 3 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Peguam Khas Amerika Syarikat David Weiss membantah permohonan Hunter Biden untuk membatalkan pertuduhan cukai dan senjata api terhadapnya selepas Presiden Joe Biden memberikan pengampunan, menurut satu dokumen mahkamah.
Biden pada Ahad menandatangani perintah eksekutif untuk memberi pengampunan kepada anaknya, Hunter dengan alasan bahawa keputusan itu berdasarkan keyakinannya terhadap ketidakadilan pendakwaan.
Presiden yang baharu dipilih, Donald Trump mengkritik tindakan pengampunan itu, menyifatkannya sebagai satu "penyalahgunaan kuasa dan pencabulan keadilan."
"Amerika Syarikat, melalui counsel of record, dengan ini mengemukakan bantahan terhadap permohonan defendan untuk membatalkan pertuduhan, seperti yang dinyatakan dalam 'Notis Pengampunan Defendan' (ECF No. 236).
"Permohonan defendan harus ditolak kerana tiada kuasa yang mengikat mahkamah ini untuk membatalkan pertuduhan itu," kata Weiss dalam pemfailan bertarikh Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Weiss menegaskan bahawa kerajaan tidak menafikan bahawa defendan menerima satu tindakan belas kasihan, tetapi itu tidak bermakna pertuduhan terhadapnya perlu "dihapuskan."
Beliau juga berkata dakwaan Hunter Biden bahawa dia didakwa "hanya berdasarkan statusnya sebagai anak kepada Presiden yang sedang berkhidmat", bertentangan dengan fakta memandangkan badan eksekutif yang mengemukakan dakwaan terbabit diketuai oleh bapanya, menurut pemfailan itu.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial