WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BAM SAHKAN KEHADIRAN PEGAWAI SPRM BAGI DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN

03/12/2024 11:02 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu di sini minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.

BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang telah menjalankan tugas mereka secara profesional.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam dan Setiausaha Agung Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan