WILAYAH - SARAWAK > BERITA

15 KAMPUNG DI TANAH MERAH DIMINTA BERWASPADA BERLAKU BANJIR - JPS

16/12/2024 08:38 PM

KOTA BHARU, 16 Dis (Bernama) -- Sebanyak 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Kampung Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Kampung Cekok Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Panjang dan Kampung Kerilla.

Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Kampung Padang Kijang, Kampung Alor Pasir, Kampung Kelewek, Kampung Terasil, Kampung Kulim, Kampung Jerangau dan Kampung Chekok Ipoh.

Menurut JPS banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

"Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan