WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS SIASAT PENEMUAN MAYAT BAYI MASIH BERTALI PUSAT DI RAWANG

17/01/2025 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis telah membuka siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di kawasan pekarangan Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang, Selangor, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah surau berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 2.36 petang.

“Bayi yang masih bertali pusat itu lengkap berpakaian baju putih dengan tulisan ‘Pureen’ dan dibalut kain selimut. Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata kes disiasat mengikut  Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126222.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan