WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ORANG ASLI TERJATUH BOT DI TASIK BERA DITEMUKAN LEMAS

26/01/2025 03:15 PM

KUANTAN, 26 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh daripada bot di Tasik Bera ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang. 

“Mangsa ditemukan di lokasi dia dipercayai terjatuh iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Bera untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula semalam melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.

Mangsa yang juga penoreh getah sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam tasik berkenaan ketika menaiki bot bersama isteri dan anak perempuannya semasa menyeberang dari Kampung Putat ke Pangkalan Kampung Benal, Pos Iskandar, Bera. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan