WILAYAH - SELATAN > BERITA

POLIS TAHAN 14 LELAKI DISYAKI BERJUDI

26/01/2025 07:08 PM

SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kesemua lelaki dalam lingkungan 34 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada pukul 12.01 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian Holo, dadu (dua), piring seramik (satu), mangkuk seramik (satu), kerusi (12) serta wang tunai RM19,168,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan