WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI DITAHAN DISYAKI SELUDUP MOTOSIKAL DARI NEGARA JIRAN

02/02/2025 10:06 PM

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata suspek berusia 41 tahun ditahan menerusi Op Mega Lejang Terengganu di rumahnya di Kampung Padang Luas, di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan  11 motosikal Yamaha RXZ, empat casis motosikal dan enam komponen enjin motosikal dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Thailand tanpa sebarang dokumen sah.

"Rumah terbabit dijadikan bengkel dan suspek mengaku terlibat dalam kes barang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata siasatan lanjut turut mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod jenayah di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak 30 motosikal pelbagai jenis dan 30 lelaki berusia antara 24 hingga 46 tahun telah diperiksa melalui Op Mega Lejang Terengganu yang dijalankan sejak 1 hingga 31 Jan lepas.

"Pihak polis sentiasa menjalankan operasi secara terancang dan berkala bagi membanteras jenayah harta benda. Pemilik dan penjaga premis diingatkan supaya tidak terlibat dalam menjual, membeli dan bersekongkol dengan mana-mana individu atau kumpulan jenayah," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan