WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIGA PEMANDU VAN SEKOLAH DITAHAN CURI MOTOSIKAL 

05/02/2025 11:56 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.

“Ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan sebuah van sekolah dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai mengangkat dan memasukkan motosikal itu ke dalam van milik seorang daripada suspek untuk dilarikan.

“Motosikal itu diserahkan kepada  suspek berusia 52 tahun bagi kegunaan bekerja,” katanya.

Menurut Mohd Azam, berdasarkan laporan, pemilik motosikal itu telah meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian pada 8 pagi, 28 Jan dalam keadaan berkunci sebelum menyedari kehilangan pada 3.30 petang, 2 Feb.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan