WILAYAH - SELATAN > BERITA

PEMANDU, 21 PENUMPANG BAS CEDERA DALAM KEMALANGAN

09/02/2025 07:59 PM

KULAI, 9 Feb (Bernama) -- Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan bas jenis Hino dan lori jenis Volvo itu kira-kira pukul 2.45 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan memandu laju dan gagal memperlahankan kenderaannya sebelum terlanggar bahagian belakang lori terbabit.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu bas dan 21 penumpang telah mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ali Lorulince Abdullah di talian 013-7778884 atau hadir ke bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohd Khairil Buang berkata sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan Renggam telah digegaskan ke lokasi kejadian.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) didapati lori terbabit telah tiada dan terdapat 22 orang mangsa yang mengalami kecederaan.

"PKO kemudiannya mengeluarkan dua orang mangsa menggunakan pengusung dan menghantar tiga mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara mangsa yang lain diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan