WILAYAH - TIMUR > BERITA

PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 4,000 POKOK ORKID BERNILAI RM2 JUTA

10/02/2025 09:05 PM

KOTA BHARU, 10 Feb (Bernama) -- Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 4,000 pokok orkid dianggar bernilai RM2 juta dipercayai dibawa masuk dari negara jiran di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kejayaan itu susulan pemantauan rapi Op Taring Wawasan Kelantan sebelum PGA menahan sebuah lori kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan kesemua pokok orkid terbabit yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan. 

"Tanaman itu juga disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit yang boleh mengancam sektor pertanian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori itu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun dan dipercayai bertindak sebagai penghantar kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan