WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SPEAKER HOUSE OF COMMONS UK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PREMIER SARAWAK

20/02/2025 07:59 PM

KUCHING, 20 Feb (Bernama) -- Speaker House of Commons United Kingdom (UK) Sir Lindsay Hoyle mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Hoyle berkata  tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan usaha mengukuhkan hubungan perundangan dan bagaimana kerajaan UK boleh bekerjasama dengan Sarawak sambil mempererat lagi persahabatan yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara. 

“Kami juga berbincang mengenai usaha sama pada masa depan selain meneroka apa yang boleh dilakukan. Saya gembira dengan pertemuan yang berlangsung hari ini.

“Terima kasih kerana menerima kunjungan saya. Saya pulang bersama kenangan yang indah dan persahabatan yang erat,” katanya.

Terdahulu, Hoyle turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.

Lawatan kerja Hoyle ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Speaker Parlimen UK itu tiba di Malaysia pada Isnin dan dijangka pulang ke UK pada Jumaat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan