WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SARAWAK HASRAT BIDA TUAN RUMAH WORLD ROBOT OLYMPIAD

21/02/2025 07:50 PM

KUCHING, 21 Feb (Bernama) -- Sarawak berhasrat membida sebagai tuan rumah World Robot Olympiad (WRO) tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata ia selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pelancaran Makeramai Makerspace hari ini adalah langkah penting ke arah membentuk ekosistem digital yang dinamik dan inklusif. Ia adalah ruang untuk pelajar, penyelidik dan usahawan memanfaatkan teknologi inovatif, berkolaborasi merentas disiplin dan menukarkan idea kepada penyelesaian yang memberi impak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Makeramai Makerspace dan majlis penutupan Sarawak Digital STEM Demo Day di sini hari ini.

Sagah berkata Pusat Sains Sarawak yang akan dibuka tahun depan, turut berfungsi sebagai hab penerokaan saintifik, yang menampilkan pameran interaktif dan pelbagai kemudahan.

Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dalam kenyataan memaklumkan Makeramai Makerspace menyediakan pelbagai kemudahan pembuatan termasuk makmal elektronik, reka bentuk dan multimedia.

Ia adalah hab komuniti yang bertujuan menyokong ekosistem pembuatan yang semakin berkembang di Sarawak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan