WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA TUMPAS CUBAAN SELUDUP 20 BIRI-BIRI DI PASIR MAS

25/02/2025 09:41 AM

KOTA BHARU, 25 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 20 biri-biri seberat lebih 600 kilogram di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas pada Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan kira-kira 9.20 malam menerusi rondaan Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 biri-biri ditemui di dalam lori tersebut dengan nilai rampasan termasuk lori berjumlah RM115,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan