WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS KESAN LELAKI RAGUT, PUKUL WARGA EMAS

25/02/2025 11:39 PM

IPOH, 25 Feb (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berkenaan satu video tular di media sosial membabitkan kejadian ragut di kawasan sekitar Simpang Pulai hari ini. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata laporan kejadian itu diterima kira-kira 1.35 tengah hari daripada mangsa yang merupakan warga emas berusia 62 tahun.

“Kejadian itu berlaku sekitar 9.40 pagi apabila mangsa dipukul dan gelang emas pada tangannya diragut oleh suspek yang menaiki motosikal Yamaha EZ115.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan