BERITA TERGEMPAR | Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | |
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.
Hasil takaful kumpulan naik 22 peratus kepada RM3.58 bilion daripada RM2.94 bilion.
Ia berkata keuntungan yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya peningkatan dalam perkhidmatan takaful.
Sementara itu, caruman dan sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am, serta peningkatan dalam perlindungan bagi kedua-dua perniagaan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan kumpulan.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Nor Azman Zainal berkata perniagaan takaful keluarga Takaful Malaysia mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.99 bilion pada 2024, meningkat sebanyak 28 peratus daripada RM1.55 bilion pada 2023.
Peningkatan ini didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan takaful, katanya.
"Perniagaan takaful am kami pula mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion untuk tahun kewangan dalam tinjauan, meningkat sebanyak 14 peratus lebih tinggi berbanding RM1.28 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
"Peningkatan pendapatan perniagaan takaful am kami disokong oleh jumlah sumbangan yang lebih tinggi daripada kelas perniagaan kebakaran dan motor," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kumpulan mencatatkan prestasi yang membanggakan pada 2024 melalui portfolio perniagaan teras dalam bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am.
Sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang, Takaful Malaysia terus memperluaskan kedudukan dalam pasaran runcit dengan menumpukan kepada penyelesaian perlindungan yang komprehensif dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.
"Menyedari kepentingan perlindungan mampu milik dan pengukuhan kewangan para pelanggan, kami komited untuk menawarkan produk dan perlindungan yang memenuhi keperluan mereka,” kata Nor Azman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial