KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Seorang wartawan daripada sebuah portal berita tempatan yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah akan didakwa di mahkamah pada Jumaat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
"Saya dimaklumkan bahawa wartawan tersebut akan didakwa pada Jumaat," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa wartawan lelaki terbabit ditahan pada 28 Februari lalu berhubung dakwaan kes rasuah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang telah dimuat naik serta tidak lagi menulis mengenai sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial