WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LEBIH 1,000 MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI

16/03/2025 09:42 PM

TAMPIN, 16 Mac (Bernama) -- Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Padang Serbaguna Tampin, di sini hari ini. 

Anwar yang tiba kira-kira 7 malam disambut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri turut mendengar tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib.

Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin yang dihadiri Aminuddin, Shamsul Azri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan