WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERBINCANGAN PUTIN-TRUMP MUNGKIN BERLANGSUNG MINGGU DEPAN - UTUSAN KHAS AS

17/03/2025 12:03 PM

NEW YORK, 17 Mac (Bernama-TASS) -- Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan utusan khas presiden AS Steven Witkoff kepada CNN.

Witkoff menyatakan keyakinan tentang perbincangan yang akan datang, menyatakan yang beliau percaya kedua-dua presiden akan terlibat dalam "perbincangan yang sangat baik dan positif."

Beliau juga mengesahkan terdapat komunikasi yang berterusan dengan pegawai Ukraine, menyatakan bahawa AS menasihati mereka mengenai pelbagai isu yang sedang dipertimbangkan.

Apabila ditanya sama ada rundingan mengenai penyelesaian konflik di Ukraine mencapai tahap di mana Trump boleh terlibat, Witkoff mengesahkan yang Trump terlibat dalam semua aspek dan arah perbincangan itu.

Trump turut dimaklumkan mengenai hasil pertemuannya dengan Putin.

Witkoff turut menegaskan bahawa presiden AS dimaklumkan secara langsung mengenai perkembangan semasa dan terlibat dalam setiap keputusan penting berkaitan perkara itu.

-- BERNAMA-TASS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan