KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
SEB berkata ia tetap komited untuk bekerjasama dengan SPRM dan akan memberikan maklumat yang diperlukan.
"Sebagai entiti yang bertanggungjawab dan tersenarai awam, kami mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti dalam semua operasi kami," katanya.
"Kami memahami bertapa pentingnya untuk memaklumkan kepada pihak berkepentingan dan akan memberikan kemas kini yang diperlukan apabila terdapat perkembangan yang signifikan," katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Kenyataan ini dibuat susulan laporan berita bahawa SPRM telah membuka dua siasatan ke dalam dakwaan salah laku yang melibatkan SEB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial