WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS SELESAI RAKAM KETERANGAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID KASARI KANAK-KANAK AUTISTIK

17/03/2025 11:05 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Polis selesai merakam keterangan pembantu pengurusan murid yang disyaki mengasari seorang kanak-kanak autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada murid yang mempunyai masalah autisme kelewatan pertuturan itu mengamuk ketika hendak masuk ke kelas selepas diminta membuka kasut.

“Ibu bapa murid berkenaan juga telah membawa anak mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan namun didapati tiada sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata keterangan guru besar dan penolong kanan sekolah serta ibu bapa murid berkenaan juga telah dirakam bagi membantu siasatan.

Semalam, Shahrulnizam memaklumkan polis membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas video memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok, Sabtu lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan