WILAYAH - UTARA > BERITA

POLIS TAHAN PEMANDU LORI SAMPAH BAWA SENJATA BUKU LIMA

17/03/2025 11:17 PM

GEORGE TOWN, 17 Mac (Bernama) -- Seorang pemandu lori sampah ditahan susulan penemuan senjata jenis buku lima dalam kenderaan dipandunya, semalam.

Polis Barat Daya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini, memaklumkan senjata itu ditemukan dalam papan pemuka lori sampah berkenaan ketika pemeriksaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

“Suspek berusia 44 tahun ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," menurut kenyataan itu.

Dalam kes berasingan, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyeludupan petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubong, Relau dekat Bayan Lepas.

Suspek ditahan ketika sedang mengisi petrol RON95 dalam kuantiti besar ke tangki simpanan dua lori dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 3,900 liter.

Selain dua lori digunakan bagi menyeludup petrol itu, polis turut merampas 12 tong tangki simpanan petrol, empat resit pembelian bahan api dan dua telefon bimbit daripada suspek.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan