WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA KANAK-KANAK HILANG, DIKHUATIRI LEMAS DI BATANG MUKAH

18/03/2025 09:34 PM

MUKAH, 18 Mac (Bernama) -- Dua kanak-kanak dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mereka menerima laporan berkenaan pada 4.23 petang, sebelum menggerakkan pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 4.33 petang dan operasi pencarian segera dilakukan menggunakan kaedah pencarian atas permukaan air serta grapping iron. Bagaimanapun, operasi ditangguhkan pada jam 6.35 petang selepas mangsa gagal ditemui,” kata jurucakap pusat tersebut dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu, ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya, kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan