WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI ORANG ASLI DIKHUATIRI LEMAS KETIKA MEMUKAT IKAN

19/03/2025 11:11 AM

IPOH, 19 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat ikan selepas dibawa arus deras di sungai di Kampung Kuala Chenein, Lasah dekat Sungai Siput, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan mangsa Amran Ahin, 43, pada 9.34 malam yang ketika itu memukat ikan bersama adiknya.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Ipoh kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Operasi yang bersambung sejak 8 pagi tadi melakukan pencarian dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pasukan pencarian akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan dibantu oleh agensi lain dan orang awam

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan