KUCHING, 24 Mac (Bernama) -- Polis merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM106,000 selepas menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing dalam tiga serbuan di Padawan, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua lelaki berkenaan berusia antara 24 hingga 34 tahun, manakala wanita berusia 38 tahun.
"Dadah dirampas terdiri daripada ekstasi, syabu, ketamin dan pil eramin 5.
“Selain itu, polis turut menyita empat kereta, wang tunai dan barang kemas dianggar bernilai RM136,050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemuanya kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial