KUALA TERENGGANU, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.
“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai cuti peristiwa atau Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri 1446 Hijrah.
“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan di Facebooknya, malam ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Mac ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial