WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS MIRI TAHAN DUA ANGGOTA TENTERA BERHUBUNG KEMATIAN PREBET

26/03/2025 09:34 PM

KUCHING, 25 Mac (Bernama) -- Polis Miri menahan dua anggota tentera berpangkat prebet bagi membantu siasatan berhubung kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek yang berumur 22 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam.

"Mereka kini direman selama tujuh hari hingga 2 April bagi membantu siasatan. Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada empat individu berkaitan kes terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Alexson berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan punca kematian Prebet Muhammad Muqriz, 21, daripada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri pada Isnin lepas adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam, hentakan kuat di bahagian badan berkenaan menyebabkan kerosakan pada jantung.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan