WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM INDIA HUBUNGI KETUA JUNTA, HANTAR PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KE MYANMAR

29/03/2025 05:57 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu menghubungi Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing susulan gempa bumi yang berlaku pada Jumaat.

“Saya menyampaikan ucapan takziah  atas kehilangan nyawa dalam gempa bumi dahsyat ini. Sebagai rakan dan jiran yang rapat, India bersolidariti bersama rakyat Myanmar dalam waktu sukar ini,” kata Modi.

Modi dan Min Aung Hlaing dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Teluk Benggala bagi Kerjasama Teknikal dan Ekonomi Pelbagai Sektor (BIMSTEC) di Bangkok pada 3 hingga 4 April.

BIMSTEC dianggotai Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka dan Thailand.

India menghantar bantuan serta pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Menteri Luar Subrahmanyam Jaishankar berkata sebuah pesawat tentera C-130 yang membawa barangan bantuan seperti selimut, terpal, kit kebersihan, beg tidur, pek makanan serta anggota penyelamat dan perubatan telah dihantar ke Myanmar, dan lebih banyak bantuan akan menyusul.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan