WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JADIKAN SYAWAL PERMULAAN BAHARU TOLAK SALAH LAKU - AZAM BAKI

29/03/2025 10:38 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menyeru umat Islam menjadikan Syawal ini sebagai permulaan baharu untuk lebih berani menolak segala bentuk salah laku.

Azam berkata demikian menerusi video di akaun TikTok rasmi SPRM selain turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. 

“Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa kini tiba masanya untuk meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran. Di kesempatan ini suka saya untuk berkongsi pandangan dan nasihat untuk sama-sama kita hayati.

“Hari raya bukan sekadar perayaan tetapi juga masa untuk kita merenung dan memperbaiki diri kita, jika Ramadan mengajar kita erti keihklasan dan ketahanan diri maka Syawal harus menjadi permulaan baharu untuk kita lebih berani menolak segala bentuk salah laku,” katanya.

Beliau berkata jangan biarkan kesilapan hari ini menghancurkan masa depan orang tersayang kerana kebaikan hari ini adalah hadiah terbaik untuk generasi akan datang. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan