WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENUMPANG BOT EKSPRES HILANG SELEPAS JATUH KE DALAM SUNGAI DI TANJUNG MANIS

29/03/2025 10:54 PM

SIBU, 29 Mac(Bernama) -- Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104 kilometer dari sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 petang.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25 kilometer,” katanya dalam kenyataan lewat petang hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan