WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EKSPLOITASI KERJA DI MYANMAR: TUKANG MASAK DAN PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH

03/04/2025 12:40 PM

BATU PAHAT, 3 April (Bernama) -- Seorang tukang masak dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar.

Wong Jun Wei, 26, dan Jasper Yap En Wai, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Tan Kai Lun, 26, dan Wong Chee Fun, 34, bagi tujuan eksploitasi kerja di Yatai, Shwekokko, Myanmar antara 15 Dis 2024 hingga 14 Feb lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail memaklumkan mahkamah bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan bagi kedua-dua tertuduh kerana mengambil kira tahap keseriusan kes.

Wong dan Yap diwakili peguam Tan Song Yan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan