WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WHO GESA TINDAKAN SEGERA SELAMATKAN IBU DAN BAYI BARU LAHIR

07/04/2025 07:33 PM

MANILA, 7 April (Bernama-Xinhua) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menyeru "tindakan segera dan tegas" untuk memastikan setiap ibu dan bayi menerima penjagaan yang sewajarnya, lapor Xinhua.

Kempen setahun WHO bertemakan, "Permulaan Sihat, Masa Depan Penuh Harapan", mengajak negara anggota untuk memperbaharui komitmen dalam memastikan penjagaan kesihatan berkualiti untuk ibu dan bayi baru lahir, menurut Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat dalam kenyataan media sempena Hari Kesihatan Sedunia, yang disambut setiap 7 April.

"Rantau Pasifik barat mencatat nisbah kematian ibu kedua terendah dalam kalangan enam rantau WHO di seluruh dunia," menurut pejabat yang berpangkalan di Manila itu.

"Kita mempunyai keupayaan untuk menamatkan kematian ibu dan bayi baru lahir yang boleh dicegah di rantau ini. Setiap wanita dan setiap bayi berhak mendapat penjagaan berkualiti tertinggi demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka," kata Saia Ma'u Piukala, pengarah serantau WHO bagi Pasifik Barat.

Piukala berkata usaha itu memerlukan akses yang lebih baik kepada penjagaan dan transformasi dalam kualiti perkhidmatan kesihatan yang diterima oleh wanita dan bayi baru lahir, terutamanya dalam komuniti yang paling terdedah.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan