WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA LELAKI DITAHAN KERANA MENCEDERAKAN INDIVIDU DI STESEN MINYAK

12/04/2025 01:26 PM

KLUANG, 12 April (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira pukul 4.00 petang semalam, susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekerja itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan