IPOH, 17 April (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam perigi ketika mengambil air di Kampung Nyior, Kampar di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 57 tahun itu pada 7.52 pagi.
“Lelaki itu didapati terjatuh ke perigi sedalam tiga meter dan bomba menggunakan tali bagi mengambil mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial