SEREMBAN, 20 April (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir, Port Dickson di sini yang menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga, pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata PPS berkenaan yang dibuka pada 8.30 pagi tadi menempatkan mangsa dari Taman Linggi Idaman, Darul Widad dan Kampung Permatang Pasir.
“Ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi, lokasi itu memang kawasan rendah dan berdekatan sungai, jadi memang akan cepat dinaiki air, ketika ini hujan renyai dan banjir masih belum surut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial