WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WEST COAST EXPRESSWAY DAPAT KELULUSAN KERAJAAN TERIMA PINJAMAN RM1.15 BILION

21/04/2025 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- WCE Holdings Bhd, anak syarikat 80 peratus milik West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) telah menerima kelulusan kerajaan Malaysia untuk menerima kemudahan pinjaman berjangka sehingga RM1.15 bilion daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WCE Holdings berkata kemudahan pembiayaan itu sebahagiannya akan digunakan untuk membiayai kos dan perbelanjaan membabitkan pembinaan dan pembangunan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, selain yuran dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Syarikat itu berkata kemudahan pembiayaan akan menyediakan dana yang diperlukan bagi memastikan pembinaan lebuhraya itu siap sepenuhnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan