PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dalaman berhubung pegawainya yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Noda Khas di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, Jumaat lepas.
Menurut SPRM dalam kenyataan hari ini, siasatan lanjut telah diserahkan kepada PDRM dan pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
"Sehubungan itu, SPRM juga telah membuka satu kertas siasatan dalaman bagi meneliti secara terperinci penglibatan pegawai tersebut untuk memastikan sama ada berlaku sebarang pelanggaran Kod Etika Perkhidmatan atau undang-undang," menurut kenyataan itu.
SPRM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya mana-mana pegawainya didapati telah melanggar undang-undang atau mencemarkan integriti institusi itu.
"Tindakan tegas akan diambil berdasarkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang menjadi teras perjuangan SPRM," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial