WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PARLIMEN BELIA: SESI LIBAT URUS BERSAMA UNIVERSITI AKAN DIADAKAN 

22/04/2025 06:56 PM

KUCHING, 22 April (Bernama) -- Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sesi libat urus itu juga bakal membincangkan mengenai proses pemilihan bagi perwakilan.

“Buat masa ini, format baharu Parlimen Belia belum muktamad, kami sedang mengusahakannya. Kita juga akan pergi ke universiti-universiti untuk meminta pandangan mereka, misalnya sama ada sebuah universiti akan tubuh satu parti politik atau mereka boleh gabung beberapa universiti untuk tubuhkan satu parti.

“Bagaimana format (Parlimen Belia) ini akan berlaku nanti kita akan memuktamadkan perkara ini pada bulan September atau Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi syarahan ‘Dari Sarawak ke ASEAN: Mengangkat Aspirasi Belia dalam Arena Serantau’ di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Sementara itu, Johari berkata pemilihan bagi perwakilan Parlimen Belia dijangka diadakan pada bulan November, manakala persidangan pertama Parlimen Belia pula pada Januari atau Februari 2026.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan