WILAYAH - SARAWAK > BERITA

INTEL, ORACLE LUAHKAN KEBIMBANGAN TERHADAP TARIF AS DENGAN MALAYSIA - TENGKU ZAFRUL

22/04/2025 10:55 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam video yang disiarkan di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Tengku Zafrul berkata kedua-dua syarikat telah berhubung dengan kerajaan Malaysia untuk membincangkan cabaran akibat tarif tersebut.

Beliau berkata Intel dan Oracle telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan beberapa cabaran yang mereka hadapi, Intel menekankan kepentingan rantaian bekalannya untuk daya maju komersial perniagaannya.

“Kami sekali lagi meminta industri untuk memberi sokongan kepada negara kerana kepentingan kita adalah sejajar terutamanya bagi syarikat AS yang berpangkalan di Malaysia dan mengeksport barangan mereka kembali ke AS.

"Mereka kebanyakannya mengeksport barangan perantaraan manakala barangan siap dikeluarkan di AS. Adalah penting bagi mereka untuk menjelaskan mengapa ini memberi manfaat kepada AS," katanya.

Tengku Zafrul berkata kerajaan mengadakan sesi libat urus secara aktif dengan Intel, Oracle dan syarikat AS lain yang beroperasi di Malaysia, ia dilakukan menerusi organisasi seperti Dewan Perniagaan AS-Malaysia dan Dewan Perniagaan AS-ASEAN.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan