WILAYAH - UTARA > BERITA

KES PENGHANTAR MAKANAN TAMPIL MESEJ UNSUR PENGHINAAN: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

24/04/2025 10:44 AM

BUKIT MERTAJAM, 24 April (Bernama) -- Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan.

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbuatan penghantar makanan tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. 

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah di Machang Bubok di sini membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan